ASSALAMUALAIKUM. . . .
Pertama sekali,
mari kita sedekahkan
al-Fatihah buat arwah papa abd aziz
yg meninggal pagi kelmaren. . .
semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2
yg beriman. . .
ameen. . .
sendu, pedih, sesak dlm dada
pabila kita bertemu saat kehilangan
insan yg sangat kita sayang. . .
lagi terasa sebak tatkala ummi
datang memeluk diri
dan meluahkan rasa peritnya kehilangan papa. . .
aku bahasakan mereka berdua sebagai ummi dan papa
kerana kedua2 insan ini sgt aku hormati, sayangi. . .
aku anggap mereka sbgai kedua ibubapa aku jugak. . .
mereka sebenarnya parents aman,
bestfren aku yg aku kenal kt maktab. . .
seawal jam 4 lebih pagi semalam,
aman mghubungi aku. . .
malangnya,
telefon aku di silentkan. . .
xkedengaran. . .
namun,
alhamdulillah,
tergerak jugak hati utk bangun
pabila terdengar pintu bilik diketuk. . .
sangat terkejut apabila aman
bgitau yg papa dah xde. . .
aku memeluk erat temanku. . .
kerna aku tau,
betapa sakitnya kehilangan org yg paling kita cinta. . .
sungguh,
semasa menaip entry ini juga,
airmata aku menitis. . .
betapa aku sangat memahami erti kehilangan. . .
perkataan sabar yg keluar dari mulut seseorang
pada ketika iti, aku tau,
langsung xmemberi ape2 kesan pun pda diri,
malah menambahkan lagi perit itu. . .
sesudah menunaikan solat subuh pagi itu,
aku terus memacu kereta menuju ke rumah aman. . .
sambil memandu,
aku cuba utk menenangkan aman,
namun aku tau,
saat itu,
hanya tangisan yg menjadi peneman setia.. .
jadi,
aku biarkan saja airmatanya menitiis. . .
selaju-lajunya aku membawa kereta,
perjalanan dari K.Terengganu ke Tanah Merah cuma
memakan masa 1jam 30 minit shaja. . .
aku tau,
aman mahu secepatnya smpai ke rumah
sekalipun dia mnyuruh aku memandu dgn perlahan shaja. .
tidak. .
aku xmngendahkan. . .
memandu secepatnya krna aku tau
ummi sangat2 memerlukan aman pada ketika itu. . .
sesampainya di rumah aman. . .
aku memarkirkan kereta betul2 dihdapan rumahnya,
aku biarkan aman dan teman2 aku masuk ke rumah dahulu,
kemudian,
aku memakirkan kereta di hdapan jaln. . .
takut sukar utk knderaan saudara2nya mahu keluar msuk. . .
terus,
aku berlari utk ke rumah aman. . .
brsalam dgn ummi dan terus
ummi memeluk sambil menangis dan mmberithu,
tiqah, papa dah xde.. . .
aku cuba menenangkan ummi,namun,
aku sedar,
mustahil utk bertenang . . .
ummi xmahu melepaskan pelukan. . .
terasa hangat airmata yg menitis. . .
ALLAH. . .
hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. . .
KAU tabahkanlah hati mereka utk menerima
saat kehilangan papa.. . .
cukup sampai di sini sja coretan aku pada kali ini.. .
aku xdapat nak meneruskan coretan lagi. . .
sangat sebak di dada ni. . .
wassalam. . . . . .